Thursday, November 1, 2012

Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?




Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

NASA

Friday, October 26, 2012

Kesan pengambilan cili berlebihan



Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :


Meningkatkan asid perut Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.



Sepuluh khasiat tersembunyi bagi penggemar tempe




Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat.

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Bukan sahaja senang didapati malahan cara penyediaannya juga mudah. Rasanya amalan memakan tempe untuk menu diet anda amat berbaloi.

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.


Tuesday, September 11, 2012

Diana Danielle berbicara tentang pertunangan




6 Sept - Pelakon jelita yang baru menginjak ke usia 21 tahun, Diana Danielle kelihatan berseri-seri tatkala menceritakan kisah pertunangan bersama pasangannya yang juga merupakan aktor terkenal tanah air, Farid Kamil.
Baru sahaja menjalani majlis pertunangan serba ringkas, Diana Danielle atau lebih senang disapa DD memberitahu ianya hanya majlis kecil-kecilan dan hanya menjemput saudara terdekat dan ahli keluarga sahaja.
Ikuti perkembangan Diana Danielle selepas bergelar tunangan orang!
Bagaimana rasanya setelah mengikat tali pertunangan bersama Farid Kamil?
Saya rasa sama.. Saya bukan berkahwin, cuma mengikat tali pertunangan dimana satu langkah kecil untuk mengenali hati budi masing-masing dan memberitahu bahawa saya sudah dimiliki. Selain daripada itu, pertunangan ini juga saya rasakan seperti merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara dua buah keluarga. Selebihnya tiada apa yang berbeza.
Dia ada menghalang DD untuk hadkan perjalanan karier ?
Sebagai seorang tunang yang masih belum sah menjadi suami , saya rasa soalan itu macam tidak kena pula diajukan kepada saya. Buat masa ini, Farid langsung tidak pernah kacau dengan kerja saya ataupun menghadkan perjalanan karier seni saya. Kami kira professional dalam bab kerja. Saya pula tidak menghalang dia.
Mungkin ada pengalaman yang mahu diceritakan kepada peminat sepanjang majlis pertunangan itu berlangsung?
Saya tidak sangka Farid mengajak saya bertunang pada tarikh genap tiga tahun kami mula berkawan. Sebelum inipun, dia ada memberikan sebentuk cincin kepada saya cuma kali ini cincin itu dibawa ke kedai untuk dibetulkan kerana berliannya tertanggal kemudian dia memberikan cincin tersebut tanda pertunangan kami. Saya dapat rasakan bahawa dia akan memberikan cincin yang baru. Memang nampak baru pun cincin itu setelah dibaiki.
Berapa lama ambil masa untuk melakukan persiapan pertunangan ini?
Saya rasa tak sampai sebulan kot. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya membuat persiapan pun rasanya seminggu sebelum Hari Raya.
Apa yang DD lihat di dalam pertunangan yang dimeterai ini?
Saya merasakan hubungan ini sudah menjadi lebih serius. Dimana saya dan Farid harus memperlengkapkan diri dengan ilmu agama sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Farid sememangnya lelaki yang baik, sebelum ini pun dia seringkali mengingatkan kepada saya jika hal berkaitan dengan agama ini.
Tidak rasa umur DD ini masih panjang dan masih banyak masa lagi sebelum memikirkan hal berkaitan perkahwinan?
Saya tidak pernah merasakan umur saya muda dan menyebabkan niat saya untuk kearah kebaikan terbantut. Saya tidak pernah memikirkan saya ini muda kerana sememangnya dari dahulu saya seringkali meletakkan diri ini sebaris seperti pemikiran orang dewasa. Lagipun saya memang dari dahulu macam ini, muda ke tua saya tidak reti menghabiskan masa bersama rakan pergi melepak dan sebagainya.
Mungkin selepas bertunang ini DD akan lebih terbuka di dalam bercerita kisah percintaan bersama Farid?
Oh tidak.. saya akan kekal dengan pendirian seperti dahulu. Biarlah orang fokus dengan apa yang saya lakukan seperti berlakon dan sebagainya. Kisah peribadi saya lebih suka simpan sendiri. Jika saya berkahwin nanti, insyaAllah saya akan war-warkan kepada semua pihak.
Berapa lama tempoh pertunangan diantara DD dan Farid?
Kami beri masa selama setahun untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kerana pada saya pertunangan adalah tempoh cabaran sebenar sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Sudah memikirkan konsep untuk perkahwinan nanti?
Belum lagi, saya langsung tidak pernah memikirkan atau berbincang mengenai perkara itu bersama Farid. Kami ini seperti kawan, lebih selesa ikut masa daripada terlalu merancang, takut tidak jadi pula.
Terima kasih DD diatas masa yang diluangkan !
Sama-Sama!




Friday, August 17, 2012

Kisah Rumah tangga


Kisah Pertama
  
burger

Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..
Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..
Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…

Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…
Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar..lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..
Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..
secara tiba2…mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..
Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!
Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??


Kisah Dua


Suasana masih riuh di luar. 
Sanak saudara semuanya berkampung disini.
Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. 
Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.”Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.”Orang muda bang Aji, biarlah. 
Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.”Kita tidur dulu lah yer. 
Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.Jari jemariku lembut membelai rambutnya.
Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.”Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur.
Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus.
Semerbak harumnya menusuk deria bauku.
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya.
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”
“Tik..tik..tik..tik…”
“Kring.. kring..kring..”
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu.
Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi.
Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng.
Juga sekeping kad berbunyi…
Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!TAMATLesson learn nye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee


Kisah Tiga



Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. 
Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. 
Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang.
Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”..
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnyahingga ke titisan yang terakhir”
Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’…
Bahagialah Si Murni rupanya…

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “.

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. 
Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”


Kisah Empat - astrok



Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.
Pengantin perempuan berkata, “Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks. 
Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?”
“Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya dan yang abang punya penjahatnya. 
Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel,” terang pengantin lelaki. 
Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .
Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, “Bang, penjahatnya terlepas.”

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan ‘penjahatnya’. 
Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia rasakan. 
Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.
Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata, “Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup.”


Kisah Lima



Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang isteri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."


Kisah Enam



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar.. 
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." 
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. 
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. 
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. 
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, 
biasalah malam
pengantin, fikirnya. 
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. 
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? 
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. 
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."


Kisah Tujuh


Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang
sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang
sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin
tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan
perempuan?." 

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas
berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan
hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." 
jawab

Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalam keadaan separuh sedar dia
menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"


Friday, July 27, 2012

6 Negara Yang Pengemisnya Berpendapatan Tinggi



Biasanya di Malaysia orang yang mengemis ni memang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tak kais tak makan.. tapi berlainan pula pengemis di negara luar, pendapatan purata bulanannya untuk sebulan boleh mengalahkan pendapatan orang yang bekerja.. antara negara-negara yang pengemisnya berpendapatan tinggi ini ialah..



1. Amerika 
Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.
Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai ‘pengemis kaya’ dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dari mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30 – $50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300 – $800 (sekitar RM945 – RM2,522).



2. Australia 

Di Sydney pekerjaan mengemis dilakukan oleh kaum ‘homeless’. Seorang pengemis hanya perlu duduk selama 16 jam setiap hari sambil menadahkan tangannya di kawasan orang ramai di daerah George and Market Sydney CBD boleh mengumpul wang sebanyak $400 sehari atau setara RM1,216.
Mereka memiliki pendapatan paling kurang $175 sehari. Pengemis disana menabungkan wangnya di bank seminggu sekali.



3. China 

Mengemis disana bukan lagi sebuah cara untuk mendapatkan makan atau bertahankan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap hari. Sebuah survey dilakukan di China, sekurang-kurangnya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou sahaja. Biasanya pengemis disana melakukan pekerjaan itu kerana kecacatan atau penyakit yang dideritanya.Pendapatan harian mereka rata sebanyak 20 hingga 100 yuan, atau setara dengan RM9.5 hingga RM47 sehari.



4. Arab 

Arab merupakan salah satu negara yang sudah maju. Kebiasaannya pengemis-pengemis di sana memanfaatkan masa orang ramai datang ke masjid untuk solat. Seorang pengemis lelaki mengatakan biasanya dia meninggalkan isteri dan anak perempuannya di depan masjid untuk meminta sedekah.
Dalam sehari dia boleh mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau RM252. Bahkan ada seorang pengemis yang tertangkap dan didapati menyimpan wang sebanyak $19,300… WOWWWW! Itu setara RM16,227!!!



5. Rusia


Di Moscow, beberapa shelter dan hospital adalah tempat bagi para pengemis. Pengemis2 di sana biasanya mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendatang asing.
Lebih dari separuh golongan pengemis di sana berusia 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles setiap jam. Ini bermakna dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak 2000-3000 rubles (sekiranya bekerja 10 jam sehari). Pendapatan sebulan mereka boleh mencapai 80,000 rubles, atau setara dengan RM8,037!!



6. Morocco 

Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai sejumlah 320,000 dirham dalam akaun banknya, atau setara dengan RM119,767. Dia jg mempunyai perhiasan dan rumah yang cantik. Boleh tahan!!!
Hasil kajian yang dijalankan, 62.4% pengemis di sana adalah pengemis2 profesional.
Mereka dapat mengumpulkan sekitar 200 dirham atau RM74.80 sehari. Purata pengemis di sana mendapat 6000 dirham (RM2,245) sebulan.


Sumber: Email 

Friday, June 15, 2012

Seks Yang kerap 'membuat anda lebih sihat secara fizikal'

Gambar Hiasan

Washington, 7 Mei (ANI): Para penyelidik telah memberi penerangan tentang pelbagai manfaat kesihatan bagi seseorang individu melalui hubungan seks yang kerap.

"Melakukan seks dengan kerap boleh membuat anda berasa lebih dekat dengan pasangan anda-selain itu ia sebenarnya memberi anda fizikal yang lebih sihat," ABC News memetik Dr. Hilda Hutcherson, seorang Profesor Klinikal Obstetrik dan Ginekologi di Columbia University.

Penyelidikan dari Universiti Barat Scotland memberitahu bahawa orang yang mempunyai hubungan kelamin sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu lebih berupaya untuk menguruskan situasi tertekan seperti bersyarahan, kata penulis kajian dan psikologi Profesor Stuart Brody, Ph.D.

Ini adalah kerana Oxytocin dan Endorfin dilepaskan semasa mengadakan hubungan seks-  hormon di dalam otak yang mewujudkan perasaan kemesraan dan bersantai dan membantu menghindari kebimbangan dan kemurungan, kata WH penasihat Laura Berman, Ph.D., penolong Profesor Klinikal Ob-gyn dan Psikiatri di Sekolah Feinberg Perubatan di Universiti Northwestern dan pengarang "Ia Bukan Dia, Ia Anda!"(It's Not Him, It's You)

Anda tidak perlu klimaks untuk merasakan kesan, tetapi anda akan mendapat lonjakan terbesar hormon menenangkan jika anda mempunyai orgasma.

Seks juga membuatkan anda tidur berdengkur  kerana Endorfin yang sama bukan sahaja membantu anda melepaskan tekanan ia juga boleh merehatkan minda dan badan anda,  kata Cindy M. Meston, Ph.D., pengarah Makmal Psychophysiology Seksual di Universiti Texas di Austin. Selain itu, semasa orgasma, hormon Prolaktin dilepaskan.

"Secara semulajdi tahap Prolaktin adalah lebih tinggi semasa anda tidur , ia yang membuatkan hubungan yang rapat antara kedua-dua pasagan," katanya.

Walau bagaimanapun, hubungan seks yang sangat aktif boleh membuat anda berasa lebih bertenaga daripada mengantuk. Seks tidak seharusnya  menjadi sebab untuk anda mendapat tidur yang lebih lena, tetapi jika anda mahu menggunakannya sebagai bantuan tidur, lupakan akrobatik dan memilih melakukan hubungan seks .

Seks juga boleh membantu mengurangkan kesakitan. Lonjakan hormon yang dibebaskan selepas klimaks boleh membantu meringankan apa-apa sakit , sama ada lengguh badan atau sakit kepala, tegas Meston.

Satu kajian yang dijalankan di Klinik Sakit kepala di Universiti Southern Illinois mendedahkan bahawa separuh daripada penghidap migrain wanita melaporkan kesakitan mula reda selepas klimax

"Endorfin yang dilepaskan semasa klimaks menyerupai morfin, dan mereka berkesan melegakan kesakitan," kata Meston.

Seks juga mengurangkan selsema . Orang yang melakukan seks didapati mempunyai tahap antibodi yang lebih tinggi yang dipanggil Immunoglobin A (IgA), menurut penyelidik di Wilkes Universiti di Pennsylvania Antibodi ini membantu menyerang penyakit  dan membolehkan anda jauh dari selsema dan demam. (ANI)



Info :http://sg.news.yahoo.com/regular-sex-makes-physically-healthier-045014836.html

Friday, May 18, 2012

Cara-cara pencegahan jerawat




Ketika anda masih kecil, tidak mustahil hampir semua orang mempunyai jangkitan demam campak. Demam campak bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan, tetapi juga meninggalkan parut-parut yang sangat buruk. Namun parut-parut ini hanyalah sementara sahaja dan agak mustahil untuk anda mendapat demam campak buat kali kedua!

Apabila anda meningkat dewasa, hormon-hormon dalam badan akan berubah dan untuk sesetengah orang yang tidak mempunyai genetik kulit cantik, akan mula menghadapi satu masalah yang lebih dahsyat daripada parut demam campak, iaitu JERAWAT!

Jerawat bukan sahaja berlaku ketika anda berusia remaja, malah 54 peratus wanita yang berumur lebih 25 tahun juga menghadapi masalah ini, dan ianya lebih lazim di kalangan wanita berumur 30an. Selain masalah kulit berkedut, masalah jerawat dan kesan-kesan parut akibat jerawat adalah salah satu masalah wanita yang sangat merunsingkan.

Menurut ahli dermatologi dan penulis buku "Heal Your Skin", Ava Shamban serta Pengarah Pusat Latihan Dan Pembangunan Institut Dermatologi, Annet King, masalah jerawat adalah genetik dan ianya boleh dirawat dengan bantuan doktor pakar kulit. Walaubagaimanapun, kos rundingan ini selalunya mahal. Masih ada cara lain yang tidak menggunakan wang dan boleh dilakukan untuk melawan masalah jerawat. Di sini kami senaraikan penyebab jerawat menyerang dan bagaimana anda boleh mengelaknya.

1. Penggunaan alat solekan dengan bahan-bahan tiruan

Kebanyakan wanita pastinya menggunakan alat kosmetik apabila keluar dari rumah, dan dalam mengaplikasi solekan tersebut, anda pastinya menggunakan bedak, alat-alat kosmetik seperti berus, pembayang mata dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahan-bahan di dalam alat solekan anda boleh memberi kesan terhadap kulit anda? Malah ada alat solekan yang menggunakan bahan-bahan tiruan. Oleh itu lihatlah bahan-bahan ini ketika anda membeli alat solekan yang boleh menyebabkan masalah jerawat.

Warna tiruan: Sekiranya terdapat perkataan "FD&C", ini bermakna produk ini mempunyai bahan tiruan. Bahan ini boleh menyebabkan iritasi kulit, dan sekiranya ia terdapat dalam pemerah pipi atau lipstik, ianya boleh menyebabkan jerawat di pipi atau sekeliling mulut.

Lanolin: Ini adalah sejenis sebum atau minyak kambing biri-biri. Walaupun ianya bagus untuk kulit kering, tetapi ianya boleh memberi kesan buruk untuk kulit yang memang bermasalah.

Minyak mineral: Bahan ini akan membentuk satu lapisan di permukaan kulit, di mana ianya akan memerangkap kulit mati dan bakteria (penyebab utama jerawat) dan juga menyebabkan milia, iaitu sejenis bintik-bintik putih di kulit anda.

Petroleum: Ini adalah sejenis bahan yang membuatkan kulit anda lebih berminyak dan semestinya anda tidak perlukan bahan ini di muka anda.

Isopropyl Myristate: Bahan ini boleh membuatkan kulit anda kurang berminyak, tetapi ianya akan menyumbat liang-liang roma dan menyebabkan iritasi kulit.

Pewangi tiruan: Bahan ini boleh menyebabkan kulit bermasalah. Oleh itu, cubalah cari produk yang bebas pewangi.

2. Tekanan pada permukaan kulit

Tekanan pada permukaan kulit turut boleh menyebabkan jerawat. Contohnya seperti penggunaan telefon bimbit, memegang muka anda dengan tangan dan sebagainya. Ini kerana tangan anda, telefon bimbit dan sebagainya adalah kotor dan mempunyai bakteria. Apabila anda mendekatkan bahan-bahan ini ke muka anda, maka bakteria itu akan berjangkit dan menyebabkan pembiakan bakteria di kulit anda, yang kemudiannya menyebabkan jerawat!

Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar habit anda dalam memegang muka anda, dan juga membersihkan sebarang permukaan barang-barang yang selalu digunakan berdekatan dengan kulit muka, terutamanya telefon bimbit supaya tiada jangkitan bakteria.

3. Stress

Sedarkah anda setiap kali anda stress, kulit anda akan menjadi kusam dan bermasalah? Ini kerana apabila anda stres, badan anda akan menghasilkan hormon berlebihan dan juga kortisol yang boleh menyebabkan jerawat. Selain penyebab kulit berkedut, masalah jantung dan juga masalah penghadaman, stress juga boleh menyebabkan tahap imunasi badan anda rendah. Oleh itu ianya boleh menyebabkan badan anda lebih terdedah kepada bakteria dan pelbagai penyakit. Jadi apa anda perlu buat? Relaks! Kurangkan tahap stress anda dengan bertenang dan membuat aktiviti yang boleh menceriakan anda, contohnya beriadah dengan keluarga, menonton wayang ataupun bergelak ketawa!

4. Pakaian dan alas katil/bantal yang kotor

Bakteria boleh berada di mana-mana sahaja dan salah satunya dalam bentuk kulit mati. Apabila anda tidur, kulit anda akan mengalami proses penukaran dan kulit-kulit mati akan jatuh. Cuba bayangkan, anda tidur selama 6 sehingga 8 jam setiap hari, dan sekiranya alas bantal tidak ditukar, anda akan tidur dengan kulit-kulit mati dan bakteria melekat di muka anda! Selain itu, baju-baju anda pakai yang sudah terdedah dengan peluh, kotoran di luar, sekiranya tidak dicuci, akan menjadi tempat bakteria membiak! Malah tuala yang lembap selepas digunakan juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar cadar dan alas bantal sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Kemudian anda hendaklah menggunakan tuala baru setiap hari. Selain itu kurangkan penggunaan bahan pelembut dan pencuci yang mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi apabila mencuci pakaian anda.

5. Produk rambut

Ramai yang tidak sedar penggunaan syampu dan produk rambut boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda fikir balik, tahukah anda berapa kali rambut anda menyentuh kulit muka anda? Melainkan anda cuci rambut anda setiap hari dan malam sebelum tidur, bahan-bahan tersebut akan melekat di bantal tidur anda, seterusnya ke muka anda.

Malah dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk rambut seperti minyak, silikon, dan sebagainya boleh membuatkan kulit anda tersumbat. Jadi apa yang perlu anda buat ialah mengelakkan rambut anda daripada jatuh ke muka, seperti memakai cekak rambut atau mengikat rambut anda. Bagi mereka yang memakai tudung, pastikan kain tudung anda bersih dan dibasuh setiap hari.

6. Berus solek

Setiap kali anda menggunakan berus solekan, kulit-kulit mati anda akan melekat di alat tersebut, seterusnya menjadi tempat bakteria membiak dan menyebabkan jerawat. Oleh itu apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan span solekan sekali sahaja atau mencuci berus yang digunakan setiap minggu dengan pencuci khas berus solekan atau syampu. Ini akan membuat berus anda bebas bakteria dan membuatkan kulit anda bebas jangkitan jerawat!

7. Pemakaian baju ketat

Selain di muka, jerawat juga boleh menyerang permukaan kulit di badan yang lain seperti belakang badan, dada malah kaki! Selalunya perkara ini berlaku apabila kulit mati dan peluh terperangkap di badan akibat pemakaian baju yang tidak sesuai seperti terlalu ketat. Fabrik seperti polyester atau lycra juga boleh memerangkap kulit-kulit mati dan peluh di badan, menyebabkan bakteria membiak. Oleh itu, apa yang perlu anda buat untuk mengelak perkara ini ialah memakai pakaian yang longgar menggunakan fabrik kapas atau bahan yang membenarkan kulit anda untuk bernafas.

Info Dari: http://my.entertainment.yahoo.com/news/cara-cara-pencegahan-jerawat-092300941.html

Tuesday, April 24, 2012

Lawak PTPTN

Sekadar perkongsian dari blogger lain





Info komik  : http://fukkenlol.blogspot.com/




Isu Semasa di Malaysia : Perhimpunan menuntut pemansuhan PTPTN and pemberian Pendidikan Percuma Di Dataran Merdeka.

Masih ramai yang tak faham bahawa apa yang dijuangkan Mahasiswa and Para Occupied di Dataran Merdeka bukannya x mahu bayar PTPTN atau nak lari dari tanggungjawab sebagai peminjam.
Tetapi yang dijuangkan ialah pendidikan Percuma untuk Generasi masa depan – anak2, adik-adik kita untuk masa depan mereka.
Nescaya dengan pentabiran kewangan Negara yang baik dan kurang korupsi pastinya Penddikan percuma boleh diberikan kepada rakyat itulah yang dijuangkan


Lawak PTPTN ini pun ada juga yang logic…kalau gaji bulanan nak sara diri pun x lepas cam mana nak bayar..Bukan semua penuntut yang keluar Universiti atau umur muda muda dah boleh jadi Pengarah syarikat dengan gaji beribu- ribu.







Monday, April 16, 2012

Jenis Pekerja. Anda yang mana?

1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.


3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.


4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.




5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja
yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.











6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.


7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.



9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.










10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

 

Friday, April 13, 2012

Menilai Pesonaliti Seseorang Melalui Kentut




Kali ini nak kongsi dengan pembaca semua mengenai menilai pesonaliti dan watak seseorang melalui kentut. Kedengaran amat pelik dan tidak senonoh tapi jom kita baca hakikat disebalik kentut itu 

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.
* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.
* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.
* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi “tit-tit-tit”.
* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.
* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.
* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk”.
* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.
* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.
* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik….




Info share :http://mediaserius.com/menilai-pesonaliti-seseorang-melalui-kentut/