Wednesday, March 14, 2012

Kompilasi Cerita Buang Masa

Cerita 1: Alkisah Orang Utan

 Pada suatu hari, seorang graduan yang telah menganggur selama
 hampir setahun telah terbaca iklan jawatan kosong di sebuah taman
 tema (Tak boleh sebut nama di sini, nanti kena saman pulak).
 Rupa-rupanya orang utan di taman tema tu baru saja mati kerana
 tecekik biji durian. Orang utan yang baru yang ditempah dari
 Indonesia hanya akan tiba dalam masa dua bulan kerana masalah
 birokrasi dan salah-faham tentang permit untuk bekerja di Malaysia.
 Memandangkan taman tema berkenaan telah membelanjakan beratus-ratus
 ribu ringgit untuk promosi, maka mereka menawarkan kepada sesiapa
 yang sanggup untuk "berlakon" sebagai orang utan, sehinggalah orang utan yang sebenar sampai.

 Graduan berkenaan, JJ namanya, dengan berat hati terimalah tawaran
 berkenaan. Maklumlah dah malu pulak hari-hari mintak duit belanja
 dengan maknya. Lagipun hati teringin nak berumah-tangga. Gajipun
 boleh tahan jugak.

 Mulai hari itu, JJ pun memakai sarung orang utan dan berlagak
 seperti orang utan. Tidak sia-sia juga dia masuk kelab drama semasa
 di kolej dulu. Masuk minggu ke-dua, aksi JJ telah menjadi begitu
 popular, malah menjadi tarikan utama di taman tema berkenaan. JJ
 pun memang seronok "berlakon" seperti itu, bergayut ke sana, bergayut ke sini.

 Suatu hari, pada minggu ke-tiga, sedang JJ membuat aksi
 gayut-bergayut, tangannya terlepas dan dia terpelanting dan
 terjatuh ke dalam kandang singa Siberia yang berhampiran. Nasib
 baik singa Siberia yang besar dan ganas itu sedang tidur. JJ pun
 merangkak perlahan-lahan untuk memanjat tembok bagi melepaskan
 diri. Tiba-tiba si singa tersedar dari tidur, membuka mata dan
 mulutnya. JJ panik dan terus menjerit "Jangan makan aku, aku bukan
 orang utan! Aku orang betul!" Tiba-tiba harimau itu bercakap "Ei, diamlah! Nanti dengan aku-aku sekali  kena buang kerja!"
 demikian lah alkisahnye si orang utan!!!!!


Cerita 2: Adakah Kamu Setia
Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50.
Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.
               
Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya,
 "Ada satu hal yang ingin ku tanyakan pada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa,
 jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang..."
               
"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.
               
"Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?"
               
Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut.         
Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. "Ya.....," katanya mengaku, "Ayahnya berbeza."
Hening....... Mata si suami di genangi air mata... "Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada, "Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?"
               
Hening lagi...dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "Kamu...."



Cerita 3 : Bukan Salah Ku
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah    
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
                      
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"          
                      
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
                      
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."          
                      
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke
sini kalau tidak tahu?"              
                      
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"


Cerita 4: Faedah Bercakap Benar...
Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya.
Suatu hari,
selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut.

Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber... um,ah'e'um'...
(faham2 aje lah)
sampai akhirnya mereka tertidur. Boss tersebut tersedar jam 8 malam.
Kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan
bertanya ke mana dia pergi..

Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar,
mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung
kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang
marah...

"Ke mana abang pergi hah? Malam baru ingat nak balik?".

"Abang tak mahu berbohong... Sebenarnya abang ada hubungan sulit
dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur
sehingga malam"
jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah... Terpandang kasut suaminya
yang kotor.

"Bohonggg... Ni mesti abang pergi main golf la kan?"

 Eeee...

Cerita 5 : Pencari Kayu
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka
tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini
terkenal dengan sifat jujur dan ikhlasnya. Beliau tinggal di pinggir
hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahaya mata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang kayu sebatang pokok di
tepi sungai dengan tidak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke
dalam sungai.
Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan
harta kesayangannya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si
pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?" Si pencari
kayu pun memberitahu hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam
sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak
emas.

"Adakah kapak ini milik tuan hamba?" Tanya pari-pari

"Bukan." Jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke
dalam sungai dan kembali dengan membawa sebilah kapak perak. "Yang ini
tuan hamba punya?" Tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini." Jawab si
pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai dan membawa sebilah lagi
kapak gangsa. "Err... mungkin yang ini?" Duga pari-pari. "Pacal yang
hina tidak mempunyai kapak yang bernilai ini." Jawab si pencari kayu
jujur. Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang
kapak besi milik si pencari kayu.

"Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi." Gembira
dengan sifat jujur si pencari kayu maka pari-pari memberi kesemua
keempat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke
rumah dengan begitu gembira sekali.

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isterinya berjalan di tepi
sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu
terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul lagi. Maka meratap dan
menangislah si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari
muncul lagi lalu bertanya akan hal yang menimpa si pencari kayu.
Dengan nada sedih pencari kayu lalu berkata, "Isteri hamba jatuh ke
dalam sungai tidak timbul-timbul."

Dengan segera pari-pari turun kedalam sungai dan kembali bersama-sama
Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?" Tanya pari-pari menduga.

"Yes.. yes!" Jawab si pencari kayu. Pari-pari begitu marah, "Penipu,
Pembohong...!!! Nah terima baa..." belum sempat pari-pari habis
menyumpah, si pencari kayu berkata. "Maafkanlah hamba! Bukan niat
hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham. Jikalau hamba berkata
TIDAK, tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu
Fasha Sandha. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul dengan isteri hamba
dan hamba berkata YA tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat
mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin... mana larat nak maintain semua tu.
Boleh tercabut kepala lutut hamba. Sebab itulah hamba kata YA!" Terang
si pencari kayu ikhlas.

Tanda-tanda anda menghadapi masalah................ MENTAL / stress?





Pertama:
 
Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..................................


 



Kedua :
Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala.................................



Ketiga: 
Rambut anda sentiasa  kusut masai  setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..............................
 




Keempat: 
Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan...............................
 

 Kelima: 
Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.............................................


Keenam: 
Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat.............................
 


Ketujuh: 
Anda sentiasa  merasa fikiran terlalu sempit...........................................
 


 Kelapan:
Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan..........................................
 




Kesembilan: 
Boss sentiasa marah dengan anda.................................................... 


Kesepuluh: 
Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung......................................
 



Kesebelas: 
Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat.......................................  



 Keduabelas:
Anda sentiasa merasa diri tersepit....................................................







Ketigabelas:
Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing......................................................


Keempatbelas:
Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....................


Kelimabelas dan akhir:   
ANDA SENTIASA MERASA........ KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT............ SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..........................HE...HE.....HE......










Info : Email