Wednesday, February 22, 2012

Durian Tanpa Duri

Durian Gundul


Buah ini satu-satunya di dunia dan hanya ditemui di sebuah hutan di kawasan lindung Gunung Rinjani, Kabupaten Lombok Barat. 



Pokok durian ini ditemui di tepi kawasan lindung Gunung Rinjani berhampiran wilayah Desa Batu Mekar, Kecamatan Lingsar, Kabupaten Lombok Barat. Umur pokok tersebut tidak lebih dari 15 tahun, dengan tinggi sekitar 15 meter, bercabang dan berdaun lebat, terdapat pokok-pokok lain di sekitarnya. Batang dan daunnya sama seperti pokok durian pada umumnya, tetapi bentuk buahnya benar-benar berbeza yakni bulat tanpa duri.

Durian adalah buah yang sangat populer. Namun, kebelakangan ini durian-durian lokal memang kalah dibandingkan dengan buah sejenis yang diimport dari Thailand. Bahkan, penjaja kaki lima pun lebih banyak menjual buah durian yang diimport dari Thailand 

Sampai sekarang belum ada laporan tentang kewujudan buah durian Gundulan seperti yang ditemukan di Lombok itu, termasuk dari Malaysia, Brunei Darussalam, dan Thailand,”

Tuesday, February 7, 2012

Tembikai merah jambu menyerupai Payudara

Sebuah kafe di luar Institut Goethe di Hanoi , ramai orang pelik melihat buah tembikai yang tumbuh diluar kafe tersebut .Perkara yang pelik adalah buah tembikai yang tumbuh tidak hijau seperti buah tembikai normal yang lain tetapi buah tembikai ini bersaiz panjang ,berwarna merah jambu dan berbentuk seakan payudara wanita 

Jika dikaji dengan teliti  tidak sukar untuk menyedari bahawa tembikai ini ialah produk Seni yang indah. Ia adalah karya seni  yang dibuat pemilik Tho Nguyen Thi Hoai, berasal dari  Ha Tinh, lahir pada tahun 1983. "Tembikai" dia diperbuat daripada silikon dan bahan komposit. Dengan membawa maksud bahawa  buah tembikai dan buah-buahan, sangat dekat dengan hidup rakyat Vietnam. Artis wanita ingin menyampaikan mesej "feminin "dan" feminis" perspektif  bahawa wanita bersifat lebih terbuka di dunia moden. 

Buah tembikai pada kekuda yang tumbuh memanjang




berwarna merah jambu

                                                               Buah seakan Payudara




Info and translated : http://yume.vn/hoaem311477/article/qua-muop-hong-hao-va-goi-cam-khong-khac-gi-vong-mot-cua-phu-nu.35D6D2AF.html

Friday, February 3, 2012

Buah Kote Mamak... buah yang panjang dan hitam

Ramai wanita sekarang berebut untuk mendapatkan 'kote mamak'. Kote mamak yang dimaksudkan ni bukan yang korang pikir, ia adalah sejenis tumbuhan/buah yang dinamakan 'kote mamak' atau nama saintifiknya 'samanea saman'.


Buah kote mamak ini dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis. Namanya mungkin sangat kurang sopan jika disebutkan namun khasiatnya amatlah bernilai. Hai, buah punya khasiat, mamak punya anu dapat nama.

 

Orang Perlis memanggil buah ini sebagai BUAH KOTE MAMAK . Anda pernah makan buah ini ? Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam.Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman,berlapis2 macam asam keping,rasanya pahit2 manis.Kata orang tua2 bijinya boleh dibuat obat kencing manis. orang sekarang dah tak reti makan buah kote mamak walaupun mai dari kampung. kehadiran bunga kote dari pokok yang sama menandakan buah kote sudah sedia untuk dipetik.


Ia dikatakan berasal dari Kepulauan India . Di Malaysia , ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis.





"Buah Kote Mamak : Buah ni memang hitam, keras, panjang, kalau jatuh kat tanah yang lembut biasanya ia akan terpacak. Mungkinlah dek sebab 'doctrine signature' sebegini yang menyebabkan ia di kenali sebagai Kote Mamak. Dikatakan biji dia diproses untuk dapatkan minyak, dan digunakan untuk mengurut 'anu..... supaya gagah dan terjaga. Kiranya Kote Mamak ni memang herba untuk lelaki"...