Thursday, July 18, 2013

Relax Sekejap dengan Mr Bean

Rasa rasa semua mesti letih, lebih lebih lagi bulan Ramadhan. Baik kita tonton jap cerita lawak dari Mr Bean.Sebelum itu biar kita tengok siapa sebenarnya lelaki yang porpular dengan filem Mr Bean.

Rowan Sebastian Atkinson CBE (lahir 6 Jan, 1955) adalah seorang pelakon Inggeris, pelawak, dan penulis skrip yang terkenal dengan kerja-kerja di sitcom Mr Bean dan Blackadder. Atkinson kali pertama menonjol dalam komedi lakaran "Not the Nine O'Clock News (1979–82)", dan melalui penyertaan beliau dalam "The Secret Policeman's Balls from 1979". Hasil kerja beliau yang lain termasuk sitkom "The Thin Blue Line (1995-1996)".

Beliau telah disenaraikan dalam The Observer sebagai salah seorang daripada 50 pelakon lucu dalam komedi British dan di antara 50 pelawak terbaik dalam pengundian yang diadakan pada tahun 2005. Beliau juga telah mencapai kejayaan sinematik dengan persembahan beliau dalam Mr Bean filem adaptasi Bean, Mr. Bean's Holiday dan Johnny English serta sekuelnya Johnny English Reborn.

Mari kita sama-sama saksikan kehebatan pelawak ini yang dilakonkan dengan begitu bersahaja


Bawang putih baik untuk kesihatan

Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?


Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/bawang-putih-baik-untuk-kesihatan-041111192.html