Wednesday, June 12, 2013

Lapan bulan zakar pesakit tegang,doktor disaman

Wilmington: Seorang pemandu trak menyaman seorang doktor selepas kemaluannya tegang selama lapan bulan dan kantung buah zakarnya membesar seperti bola tampar setelah menjalani pembedahan implan kemaluan.

Daniel Metzgar, 44, menjalani pembedahan itu pada 2009. Mahkamah Agung New Castle County di Wilmington, semalam diberitahu, pembedahan itu gagal dilakukan dengan sempurna.

Peguam pemandu trak itu, Michael C Heyden, memberitahu mahkamah, kegiatan harian Metzgar seperti menunggang motosikal atau mengambil surat khabar, menjadi masalah kerana kemaluannya yang sentiasa tegang.


Lelaki itu memasukkan tiga implan kemaluan boleh kembung dan ia dilakukan oleh Dr Thomas J Desperito.

Bagaimanapun, peguam pakar urologi itu yang menolak tuduhan bertanggungjawab terhadap masalah menimpa Metzgar berkata, kesan perubatan yang buruk boleh berlaku tanpa kesilapan sesiapa.


Mereka berkata, Metzgar sepatutnya menyedari kesilapan berlaku apabila kantung buah zakarnya membengkak sehingga sebesar bola tampar selepas pembedahan pada Disember 2009 itu.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai masalah itu sehingga April 2010.

Colleen D Shields yang mewakili Desperito memberitahu mahkamah, doktor itu menasihatkan pesakitnya menjalani pembedahan kedua empat bulan selepas pembedahan pertama mengeluarkan implan apabila dia mengadu berlaku jangkitan dan kemaluannya tegang berterusan.


Meskipun diberi amaran, Metzgar enggan bertindak sehingga beberapa bulan kemudian.

Kemaluan palsu itu akhirnya dikeluarkan pada 2010. Metzgar memberitahu mahkamah, dia terpaksa memencilkan diri dan mengelak majlis sosial kerana malu dengan kedudukan kemaluannya.

“Saya langsung tidak boleh menari dengan keadaan kemaluan yang tegang mencucuk teman saya,” katanya.

Metzgar dan isteri, Donna, menuntut bayaran ganti rugi yang tidak disebut jumlah daripada Desperito dan kumpulan perubatannya. - DM


http://www.hmetro.com.my/articles/Lapanbulanzakarpesakittegang_doktordisaman/Article

Thursday, June 6, 2013

Daging kambing baik untuk kesihatan jantung




KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Entah mengapa ramai kalangan kita memilih

untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab

masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit

jantung.

Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan

di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab

dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean

dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber

protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian

yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan

jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama

(Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti

Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam

yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat. 




KOMPOSISI KHASIAT

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu,

kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan

oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih

baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras

kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain,

menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati

kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai

7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3

gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal),

berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam

(162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding

daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak

tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal

ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta

kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia. 


BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu

adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit

kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras

kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi

kebaikan yang lain.

Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak

baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan

keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk

melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur

darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau

strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing

membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko

atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam

diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan

asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan

menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging

di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun

masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.


SUSU BERKHASIAT

Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh

penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.

Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing

dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi

artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika

Utara.

Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu

hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan

fizikal dan mengatasi keletihan.

Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi

yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan

berbanding susu lembu.

"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi

pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada

bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih

tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit

anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh

selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit,

khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema

atau jerawat.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih

berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan

gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya. 


POTENSI PENTERNAKAN

Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan

daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil

permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.

Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi

memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas

dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu

mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan

membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut

rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih

kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim

dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend

itu mula berubah kebelakangan ini.

Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang

menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan

untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.

Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk

pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus

memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan

luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka

dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan

membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

-- BERNAMA


http://my.entertainment.yahoo.com/news/daging-kambing-baik-untuk-kesihatan-jantung-020000874.html