Amalan memakan buah-buahan
sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda,
namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka
yang ingin menurunkan berat badan.
Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

• Mengurangkan risiko penyakit
jantung.
• Membantu kesihatan membran
paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan
menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem
kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit
asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah
sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap
pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid
dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan
pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/kebaikan-epal-hijau-091120285.html
No comments:
Post a Comment